Ads

Tuesday, March 16, 2010

Tips Anti-Spam

http://www.unimap.edu.my/template02.asp?contentid=274&tt=4&parentid=93

Penerangan

Gunakan alamat email yg luarbiasa -Sesetengah spammers menggunakan komputer program untuk meneka di alamat-alamat emel pengguna. Menggunakan alamat emel yg luarbiasa mengandungi nombor dan perkataan boleh menghalang taktik ini. cth: abc32@yahoo.com

Jangan letakkan alamat email pada IM Pendedahan alamat email ke dalam newsgroup, Internet Bulletin Board, dan IM akan meningkatkan peratus serangan spam ke email anda.

Jangan sesekali membalas email spam-Jangan sesekali membalas jawapan untuk mesej-mesej spam walaupun mereka meminta anda untuk menjawab/membalas untuk "membuang" anda daripada pengeposan senarai mereka. Arahan-arahan selalunya adalah sama ada palsu, atau untuk mengumpul lebih alamat-alamat email pengguna. Apabila anda memberikan maklumbalas kepada email spam, ia menunjukkan email anda adalah aktif dan anda bakal menerima lebih banyak email spam.

Gunakan alamat email palsu -Pangkalan web yang menyediakan khidmat pendaftaran secara online selalunya memerlukan satu alamat emel pengguna disertakan. Jika anda tidak mahu menerima maklumbalas dari web tersebut (dan tidak perlu satu e-mel pengesahan atau sokongan teknikal), anda tidak perlu memberi alamat emel yang sebenar.

Opt out -Apabila anda membeli sesuatu secara online dan anda perlu sertakan satu alamat emel, ingat untuk ’opt out’ atau tidak memilih apa-apa yang kamu tidak benar-benar pasti untuk diterima melalui email anda.

Jangan sesekali sertakan alamat email ke laman web yg tidak diketahui tahap keselamatannya
-
Adalah dinasihatkan untuk tidak memberi maklumat peribadi anda seperti alamat email dan akaun kad kredit ke laman web yang tidak diyakini tahap keselamatannya. Laman web yg ’secure’ atau mempunyai tahap sekuriti yang tinggi akan mempunyai satu ikon mangga berkunci bewarna kuning atau muncul di dalam kotak bewarna kuning yang berada di dasar borang di laman web tersebut.

Charity